Artist Detail | Ilham Gallery
Gan Tee Sheng
1984, Malaysia
Gan Tee Sheng
1984, Malaysia

Gan Tee Sheng (l. 1984, Malaysia) mendapat pendidikan seni dari Akademi Seni Halus Dasein, Kuala Lumpur. Beliau mengambil jurusan Seni Halus dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai pameran sejak tahun 2008, sama ada di peringkat serantau dan antarabangsa. Berminat dengan emosi manusia, beliau memberi perhatian khusus kepada perasaan tertekan yang mengalir jauh di bawah pemikiran terdalam kita. Unsur surealisme begitu nyata dalam karyanya, dan seninya diilhamkan oleh keinginan manusia, di mana intuisi, ilusi, dan minda separa sedar bertukar menjadi ikon simbolik untuk mempersoalkan bagaimana orang mengendalikan dan bergelut dengan seks, keinginan, dan pemikiran negatif.

Sumber: Taksu