Artist Detail | Ilham Gallery
Hasanul Isyraf Idris
1978, Malaysia
Hasanul Isyraf Idris
1978, Malaysia

Hasanul Isyraf Idris (l. 1978) dilatih di Universiti Teknologi MARA, Perak, dan bertempat di Pulau Pinang. Amalannya merangkumi pelbagai media, termasuk catan, lakaran, instalasi seni, karya video dan arca. Biasanya karya beliau berunsur ikonografi khayalan ciptaan sendiri, di samping pelbagai rujukan kepada budaya pop, seperti buku komik, fiksyen sains, seni jalanan dan filem. Dia mempersonifikasikan perjuangannya sebagai seorang artis melalui watak-watak aneh yang mendiami alam khayalannya.