Artist Detail | Ilham Gallery
Hendra Gunawan
1918 - 1983, Indonesia
Hendra Gunawan
1918 - 1983, Indonesia

Hendra Gunawan (1918 - 1983) dilahirkan di Bandung, Jawa Timur, Indonesia . Beliau adalah murid kepada Wahdi Sumantha dan Affandi. Gunawan aktif dalam pelbagai kumpulan artis termasuk Kelompok Lima di Bandung dan Lembaga Kebudajaan Rakjat dari Partai Komunis Indonesia. Penyertaan beliau dalam kegiatan tersebut membawa kepada penjara tanpa bicara pada tahun 1965. Beliau banyak menghasilkan karya semasa di penjara yang menggambarkan kehidupan seharian orang biasa dengan sikap optimis menerusi warna-warna yang terang. Beliau berpindah ke Bali selepas dibebaskan pada tahun 1975 hingga kematiannya pada tahun 1983.