Artist Detail | Ilham Gallery
Manit Sriwanichpoom
1961, Thailand
Manit Sriwanichpoom
1961, Thailand

Dilahirkan pada tahun 1961 di Thailand, Manit telah mendokumentasikan perubahan politik, globalisasi, dan soalan tentang negara Thai dahulunya, kini dan apa yang akan jadi padanya di masa akan datang. Sebelum beliau menumpu perhatian kepada amalan seninya, dia seorang wartawan foto yang disanjungi kerana mengguna kamera untuk ‘menangkap kebenaran”. Tetapi sebagai seorang artis, dia berusaha untuk menjangkau sebalik kebenaran di permukaan dan estetika luaran, untuk memahami dengan lebih mendalam apa yang dia gelar “kebenaran emosi”. Dia terkenal dengan kritikan sosio-politiknya, khususnya berkaitan dengan konsumerisme Thai dan kapitalisme. Bersama isterinya Ing K, seorang pengarah filem, dia menubuhkan Galeri Kathmandu, sebuah galeri foto dan kedai buku yang terkenal di Bangkok. Selepas beberapa filem mereka diharamkan oleh kerajaan, mereka membuka sebuah pawagam sendiri pada tahun 2018.