Art Detail | Ilham Gallery
Untitled
 TAMBAH KE ALBUM
Untitled
c. 1950s

Lukisan landskap yang mempesona ini menggambarkan sekumpulan petani sedang menyemai padi. Warna cat asal tanpa dicair memberi rasa segar dan lapang - langit luas dan cerah, dan keindahan rumah kampung jelas terbayang pada sawah yang berair. Pelukis mahir mengadun warnanya, mengguna teknik sapuan berus basah atas kertas basah. Selama 35 tahun, A. B. Ibrahim menghasilkan lukisan cat air seperti ini, selalunya tanpa menyata tarikh atau tajuk.

Maklumat
Media:
Cat air atas kertas
Dimensi:
29 x 39 cm
Tarikh:
c. 1950s
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© A. B. Ibrahim
Tentang A. B. Ibrahim

Ibrahim Abu Bakar, atau lebih dikenali sebagai AB Ibrahim (1925-1977, Alor Setar, Kedah, Malaysia) ialah seorang pelukis belajar sendiri dan seorang ahli pengasas Persatuan Pelukis Melayu Malaya, yang menganjur dan mengambil bahagian dalam pameran antara 1945-1970. Pada tahun 1946, beliau menubuhkan ‘Studio Warna Art’ di Pekan Rabu Alor Setar bersama A. J. Rahman dan Saidin Yahaya, mencari rezeki melalui menjual karya cat air mereka. Ibrahim pernah mempamer di Dewan Perniagaan Cina, di Ipoh (1962); Pameran Seniman Malaysia Ke-4 (1958) anjuran British Council di Kuala Lumpur, dan di Penang Trade Fair (1948). Karya beliau boleh ditemui dalam koleksi Balai Seni Visual Negara, Balai Seni Lukis Negeri Kedah, dan Muzium Diraja Kedah.

Bacaan Selanjutnya

  • Semangat dan Jiwa Pelukis Cat Air. 2018. Ismaliza Badarudin.

  • Naratif Seni Rupa Malaysia, Jilid 1: Menanggap Identiti, disunting oleh Nur Hanim Khairuddin & Beverly Yong, RogueArt, Kuala Lumpur, 2012.

  • Senikini #14. 2011. Balai Seni Visual Negara.

Bahagian Pembelajaran

  • Pelukis ini tidak memberikan judul kepada karyanya. Andai kata anda ingin memberikan satu judul kepadanya, apakah judul tersebut? Pentingkah sesebuah karya diberikan judul?

  • Lukisan ini menggambarkan sekumpulan petani sedang mengerjakan sawah padi. Adakah kehidupan mereka ini senang? Adakah kehidupan mereka susah? Adakah pelukis ini sedang mengenang kehidupan lamanya?