Art Detail | Ilham Gallery
Nusantara, Ledang series
 TAMBAH KE ALBUM
Nusantara, Ledang series
1995

Daripada meminjam teknik cetakan kain batik untuk tujuan pengkaryaan lukisan, Fatimah Chik telah membuat inovasi dengan menggabung teknik batik itu dengan kolaj. Pada awalnya, beliau mengguna teknik mengecap batik seperti di Kelantan dan Patani. Potongan perca daripada usaha awal ini kemudian mengilhamkannya untuk bermain dengan kolaj. Kontras corak dan warna memberi karya tenaga sibuk dan harmoni kompleks. Sifat pencelup batik yang tidak pekat, bagaikan cat air, diimbangkan dengan ketegasan bentuk geometri kepingan kolaj, yang diilhamkan oleh corak geometri seni Islam. Selepas usulan Dasar Kebudayaan Kebangsaan tahun 1971 yang bertujuan  memelihara budaya kebangsaan berasaskan nilai dan bentuk budaya Melayu, ramai artis terdorong menggubah karya yang berunsur abstrak mengikut prinsip hiasan dan reka bentuk tradisional tempatan, tradisi Islam dan serantau.

Maklumat
Media:
Media campuran dan kolaj
Dimensi:
61 × 61 cm
Tarikh:
1995
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Fatimah Chik
Tentang Fatimah Chik

Fatimah Chik (lahir 1947, Johor) ialah seorang artis batik inovatif yang menceburi seni melalui reka bentuk tekstil. Beliau di antara barisan lulusan pertama Kajian Seni dan Reka Bentuk Institut Teknologi MARA tahun 1971, (ITM dibuka pada tahun 1967). Selepas tamat pengajian, dia bekerja di bawah pereka fesyen Tengku Zubaidah di Kutang Kraft dan turut membantu artis Ismail Zain dalam beberapa karya batiknya. Pada tahun 1970-an, dia mula melakukan penyelidikan sendiri tentang pelbagai jenis batik di Asia Tenggara, yang memberi inspirasi kepadanya untuk mendalami batik sebagai bentuk seni. Beliau menggabungkan latihan formalnya di ITM (termasuk seni bina dan prinsip seni Islam dalam kurikulum reka bentuk) dengan penyelidikannya tentang tekstil serantau untuk menghasilkan gayanya yang unik dan terkenal. Dia juga meninggalkan sumbangannya sendiri pada tradisi seni batik dengan menggabungkan kaedah cap batik yang agak moden dengan kaedah pencelupan Jepun lama Shibori.

Bacaan Selanjutnya
Bahagian Pembelajaran

  • Jelaskan cara seniman ini menggunakan warna dalam lukisan ini. Apakah warna-warna yang dapat anda lihat? Di mana letaknya warna-warna tersebut dalam lukisan ini? Apakah perasaan apabila melihat warna-warna ini?