Art Detail | Ilham Gallery
Artist in Landscape
 TAMBAH KE ALBUM
Artist in Landscape
1993

Tidak ada potret diri Kok Yew Puah yang menyerupai dirinya sepenuhnya. Kebanyakannya dihasilkan sekitar tahun 1993/1994 bila dia memutuskan untuk menjadi pelukis sepenuh masa, karya-karya ini merupakan sebuah siri “lagak” atau "postur", seolah-olah dia sentiasa menyoal peranannya sebagai seorang artis, sebagai seorang artis Malaysia, serta rupa seorang artis dalam tanggapan keluarga dan masyarakat am. Lukisan-lukisan Puah, seperti gambar potret studio zaman dahulu dan selfie zaman sekarang, “mencubakan” subjeknya berlagak di depan berbagai latar.Sesetengah prop atau susunan akan muncul dalam berbagai karya. Pasangan karya boleh berkongsi subjek atau latar belakang, menjadikannya menarik dilihat bersama. Puah juga memasukkan negatif filem, jalur warna dan pemidang tilik sebagai pembingkai gambar, sekali gus sebenarnya meletakkan pemerhati di belakang kamera, membuatkan kita bersubahat dalam membingkai imej.

Maklumat
Media:
Cat air atas kertas
Dimensi:
55 x 75 cm
Tarikh:
1993
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Kok Yew Puah
Tentang Kok Yew Puah

Kok Yew Puah (1947-1999) dilahirkan di Klang, Selangor, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan di National Gallery of Victoria Art School, Melbourne, Australia dari tahun 1966-1971, di mana beliau mendapatkan Diploma Catan dan Sarjana Seni Cetakan. Setelah pulang ke Klang pada awal tahun 1972, Puah mengadakan pameran solo pada tahun berikutnya, mempamerkan cetakan sutera saring abstrak “hard-edge” berwana-warni dan besar. Setelah meninggalkan dunia seni kerana menguruskan perniagaan keluarga, beliau beralih praktik seni dan menjadi pelukis figuratif pula, dengan menghasilkan karya yang jujur, kemanusiaan dan subjektif dalam merepresentasi landskap visual negara lewat 1980-an dan 1990-an, menangkap pengalaman kehidupannya di tempat asal beliau Klang yang melalui transformasi ke arah hab industri. Ia potret yang menyatakan kegusaran akibat kerosakan alam, dan kesan pembangunan terhadap generasi muda yang mulai terputus hubungan dengan sejarah dan budaya. Beliau meninggal dunia pada usia 51 tahun.

Bahagian Pembelajaran

  • Ini potret diri pelukis. Potret diri ialah potret si artis yang dilukis oleh si artis sendiri. Macam selfie! Walaupun bahantara atau medianya berbeza, kedua-duanya merujuk kepada bagaimana kita lihat diri kita sendiri dan bagaimana kita ingin orang lain melihat kita. Oleh itu, banyak yang boleh kita rumuskan tentang peribadi seseorang dengan mentafsir petunjuk visual dalam ‘selfi’ digital mereka, atau kalau di sini, dalam potret diri mereka.

  • Jika anda melukis gambar anda sendiri, apakah pakaian yang anda akan pakai? Apakah yang dijadikan latar belakang?

  • Kok Yew Puah selalu memasukkan pemidang tilik kamera sebagai alat membingkai. Memikirkan cara melukis begini, di manakah letaknya tumpuan utama dalam lukisan ini? Adakah artis itu sendiri? Kereta-kereta di latar belakang?