Art Detail | Ilham Gallery
20 ºC
 TAMBAH KE ALBUM
20 ºC
2015

20 ºC menggambarkan sebuah lembaga seperti tumbuhan terlintang atas landskap kontang tandus berbelakangkan langit mendung gelap, menanggap suatu suasana yang ngeri.

Landskap menjadi tema menonjol dalam pengkaryaan tahun lapan puluhan selepas berakhirnya kemelut sebuah hubungan romantis, yang mengilhamkan artis menumpukan "keluasan kehidupan" melalui kajian alam semula jadi dan alam sekitar. Bila dia berbalik kepada lukisan dakwat Cina pada tahun 2001, dia beralih kepada keindahan kearcaan batu batan. 20 ºC berkait rapat dengan lukisan ini dalam membangkitkan bangkai pokok itu lebih kurang sebagai dokumentasi pandangan artis daripada percubaan untuk menangkap subjeknya sebagai produk dramatik dan dahsyat kitaran hidup alam semula jadi. Dari segi pengolahan, karya cetakan kayunya agak serupa dengan lukisan dakwatnya - bergarisan tebal dan jelas, lazimnya dalam warna hitam; beliau kerap berulang-alik antara dua bahantara ini.

Maklumat
Media:
Cetakan kayu atas kertas
Dimensi:
21 x 169 cm
Tarikh:
2015
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Lai Loong Sung
Tentang Lai Loong Sung

Lai Loong Sung (lahir 1944, Selangor, Malaysia) adalah lulusan Kolej Seni Kuala Lumpur tahun 1970, di mana beliau juga mengajar selama sepuluh tahun, serentak dengan kerjanya dengan sebuah akhbar harian tempatan yang sedia memberi waktu kerja yang singkat dan fleksibel untuk dia berkarya. Kerja surat khabar telah mendedahnya kepada perkembangan sengketa dan peperangan serantau sekitar tahun 1970an, sehingga, dalam menyedari betapa lemahnya kerja seninya dalam situasi begitu, beliau telah mengorak langkah pergi ke kem pelarian perang di sempadan Thai-Kemboja untuk menyaksi peperangan dengan matanya sendiri. Pengalaman ini mendorongnya menghasil beberapa karya cetakan kayu dan lukisan minyak, membawa kepada sebuah siri karya yang besar mengenai perang dan konflik pada masa itu. Karya-karyanya selepas itu terus menyentuh tema cabaran kehidupan seharian dan kesengsaraan yang mengiring. Pameran solonya yang pertama diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1977, dengan pameran solo selanjutnya di Johor, Melaka, Kuala Lumpur, dan China. Karya beliau telah dipamerkan di Itali, Australia dan Taiwan.

Bacaan Selanjutnya
  • Lai Loong Sung, “我的创作历程 / My Journey of Artistic Creation”, 生命‧时空—黎农生艺术历程 (Kuala Lumpur: Soka Gakkai Malaysia (SGM), 2010-23) – (‘Perjalanan Karya Ku’).

Bahagian Pembelajaran
  • Huraikan apa yang anda lihat di latar depan karya ini? Apakah kata sifat yang mencerminkan bentuk pokok tersebut? Adakah pokok itu mengingatkan anda kepada sesuatu? Apakah kata sifat yang boleh menjelaskan tentang garisan-garisan yang seniman ini gunakan untuk menghasilkan perincian? Huraikan tentang cahaya dalam karya ini. Elemen-elemen apakah yang berada di dalam bayang? Dari arah manakah punca cahaya? Lihat latar belakang karya ini. Apa yang anda nampak? Adakah seniman ini menggunakan tanda-tanda lain di latar belakang? Huraikan.

  • Karya ini menggambarkan sebatang dahan pokok yang patah di sebuah pemandangan kosong. Apakah suasana yang terpancar dari karya ini? Apakah pemikiran yang cuba seniman ini terokai? Bolehkah anda cari karya-karya lain yang bermain dengan tema sama? Apakah persamaan-persamaan antara karya-karya ini? Karya mana yang anda lebih suka dan kenapa?

  • Kenapakah seniman ini tidak memasukkan warna di dalam karya ini? Apakah warna yang akan anda masukkan jika anda merupakan seniman tersebut? Apa kata anda salin karya ini dan warnakannya. Cuba kekalkan suasana asal.