Art Detail | Ilham Gallery
Bersama Bekerja Untuk Ke Atas
 TAMBAH KE ALBUM
Bersama Bekerja Untuk Ke Atas
2015


Maklumat
Media:
Akrilik atas kanvas
Dimensi:
120 x 150 cm
Tarikh:
2015
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Putu Sutawijaya
Tentang Putu Sutawijaya

Putu Sutawijaya (l. 1971, Indonesia) belajar seni di Indonesia Institute of Fine Art (ISI) Yogyakarta. Beliau kini menetap dan bekerja di Yogyakarta dan Bali. Sebagai pelukis, pengarca dan ahli performans, Putu merangkum watak seni kontemporari Indonesia dengan penggunaan pelbagai media dan rentas disiplin. Pada masa yang sama, beliau fokus karyanya tertumpu pada tubuh sebagai bentuk ekspresif dan wadah roh: seperti yang diujarkan oleh Putu, ‘Tubuh adalah medium penderitaan, kesakitan, kegirangan dan ketakutan.’ Tenaga spontan dalam lukisan Putu, secara semula jadinya diterjemahkan dalam bentuk arca.  Seperti yang diujarkan oleh pengkritik seni Indonesia Kris Budiman, seperti figura di dalam catan beliau melompat keluar ke ruang tiga dimensi…mencari makna dalam konteks yang berlainan.’ Walaupun begitu, ia adalah gerakan bersahaja Putu yang berkomunikasi dengan spektrum jiwa dan emosi yang sengit, dari renungan kepada kesedihan kepada kemeriahan tarian yang murni. Putu juga sangat tertarik dengan tapak suci dan sering mengembara ke kuil purba yang tersebar di sekitar Jawa dan Bali.