Art Detail | Ilham Gallery
Reclining Nude
 TAMBAH KE ALBUM
Reclining Nude
1976

Sketsa tahun 1976 ini masih menunjukkan pengaruh tradisi Barat dari masa beliau di Belanda pada tahun 1946. Pengajian seninya di sana selama tiga tahun di bawah biayaan Fellowship Malino kerajaan Belanda telah mempengaruhi teknik dan stail pengkaryaannya, termasuk daripada karya pelukis agung Belanda abad ke 17, Rembrandt van Rijn (1606-1669), dari segi komposisi dan penggunaan cahaya.

Dalam karya ini, pengaruh Rembrandt agak jelas dalam keintiman pemaparan tubuh wanita bogel, jenis lukisan figura yang amat kurang dilakukan beliau. Walaupun memang banyak figura wanita dilukis oleh beliau, selalunya wanita-wanita ini digambarkan melakukan kegiatan harian, bukan berbogel. Figura bogel stail klasik yang jarang dilukis lazimnya tidak mempunyai naratif cerita; tumpuan penuh hanyalah pada wanita, dan jelas Lee memang mahir dan peka melukis model di studio.

Maklumat
Media:
Pastel on paper laid on board
Dimensi:
48 x 58 cm
Tarikh:
1976
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Lee Man Fong
Tentang Lee Man Fong

Lee Man Fong (lahir 1913, Guangdong, China– meninggal 1988, Jakarta, Indonesia) seorang artis terkemuka yang bertempat di Indonesia dan Singapura. Dia berlatih di China dan di Eropah Barat, dan menjalani sebahagian besar hidupnya di Indonesia, melukis dalam stail yang menggabung berbagai pengaruh. Juga seorang kurator terkemuka, beliau di antara mereka yang merintis arah stail Nanyang abad ke-20 di Indonesia.

Selepas kematian bapanya, Lee bekerja untuk menyara keluarganya, membuat lukisan iklan. Mereka berpindah ke Singapura dan seterusnya menetap di Jakarta pada tahun 1930, di mana Lee bekerja dengan sebuah syarikat percetakan Belanda. Beliau adalah artis pertama bukan Belanda yang dijemput untuk menyumbang karya untuk pameran anjuran Persatuan India Timur Belanda. Pada tahun 1942 beliau dipenjarakan oleh kerajaan tentera Jepun kerana menyertai kumpulan revolusioner Fu Xing She, tetapi dibebas selepas tiga bulan oleh penjaga penjaranya, Takahashi Masao yang meminati karyanya. Biasiswanya untuk belajar di Belanda adalah di bawah naungan Wizurai Belanda Hubertus van Mook, yang potretnya dilukis oleh Lee. Pada tahun 1961, beliau dijadikan kurator koleksi seni Istana Presiden Indonesia. Lee meninggal dunia pada 3 April 1988.

Bacaan Selanjutnya

Bahagian Pembelajaran
  • Jelaskan tentang gadis di dalam lukisan ini. Apakah yang sedang beliau lakukan? Ke manakah beliau memandang? Apakah yang beliau sedang fikir atau rasa jika dilihat kepada raut wajahnya? Bolehkah anda mengagak sifat peribadi gadis ini? Apakah yang beliau sedang pakai? Menurut anda, adakah beliau menggayakan diri semata-mata untuk potret ini? Berapa lama agaknya beliau perlu bergaya sedemikian? Apakah perasaan beliau apabila menjadi seorang model? Adakah beliau mengenali pelukisnya?

  • Di manakah wanita ini sekarang? Adakah beliau hidup bahagia? Adakah beliau masih ingat bahawa beliau pernah menggayakan diri untuk lukisan ini? Adakah anda rasa beliau suka dengan lukisan ini?

  • Adakah anda rasa karya seni ini memeranjatkan? Adakah pelukisnya sengaja ingin memeranjatkan orang? Terdapatkah gambar-gambar yang tidak sepatutnya dipamerkan di sesebuah galeri? Apakah gambar-gambar tersebut? Kenapakah perlu ditapis?