Art Detail | Ilham Gallery
Indian Food Seller with Malayan Dollar
 TAMBAH KE ALBUM
Indian Food Seller with Malayan Dollar
1957

Cetakan foto seorang penjual makanan di tepi jalan, ditemani dua anaknya. Mata penjual makanan itu yang merenung kamera membuat kita sedar akan renungan kita sendiri. Gambar yang diambil di ambang Malaya merdeka boleh memberi berbagai erti kepada kita semenjak itu, dari segi kemajuan dan kemusykilan kehidupan masyarakat dan negara.

Maklumat
Media:
Cetakan gelatin perak atas kertas Kodak Ektalure
Dimensi:
33 × 47.5 cm
Tarikh:
1957
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© HRH Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Tentang HRH Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Sultan Ismail Nasiruddin Shah (lahir 1907– meninggal 1979, Terengganu) adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke 4 dan and Sultan Terengganu ke 16. Beliau adalah seorang jurufoto yang cekap, di antara beberapa orang jurugambar perintis di Malaysia. Pada tahun 1958, beliau dijadikan Associate of Royal Photographic Society of Great Britain dan pada tahun 1966 menerima Anugerah Kecemerlangan daripada Fédération Internationale de l'Art Photographique. Gambar-gambar beliau memberikan bayangan sekilas yang unik tentang negara Malaysia pada awal era modennya. Ianya termasuk gambar peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Pada tahun 2017, Muzium Kesenian Islam Malaysia mengadakan pameran retrospektif karya beliau. Arkib fotonya diwarisi oleh cucunya, Raja Mohd Zainol Ihsan Shah, yang menguruskan penerbitan dan pamerannya.

Bacaan Selanjutnya
Bahagian Pembelajaran
  • Perhatikan Penjaja Makanan berketurunan India dalam gambar tersebut. Apakah yang beliau sedang lakukan? Apakah sifat-sifatnya? Bagaimanakah kehidupannya? Siapakah kanak-kanak di dalam gambar itu? Adakah mereka kenal lelaki itu?

  • Adakah jurugambar itu meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum mengambil gambar tersebut? Kenapa anda rasa sedemikian? Perlukah jurugambar mengambil kebenaran terlebih dahulu sebelum mengambil gambar seseorang? Terdapatkah pengecualian bagi kes-kes tertentu? Siapakah yang selayaknya memiliki gambar ini? Kenapa? Di manakah lelaki ini sekarang? Adakah dia tahu bahawa kerjanya itu sudah dipamerkan di galeri?