Art Detail | Ilham Gallery
Abstract Composition
 TAMBAH KE ALBUM
Abstract Composition
1955

Serpihan geometri berbagai jenis jingga dan biru bertembung dan bercantuman di atas latar kuning. Rangkaian bulatan kecil di tengah-tengah menarik perhatian sambil membahagi komposisi kepada dua. Palitan warna sana-sini memberi jalinan kepada lukisan. Walaupun  Sarawak ini terkenal dengan lukisan pemandangan di Kuching yang impresionis, dia juga bereksperimen dengan berbagai stail seni Barat. Karya tahun 1955 ini merupakan satu contoh percubaan beliau bermain dengan unsur-unsur seni abstrak.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas papan gentian
Dimensi:
35 x 45 cm
Tarikh:
1955
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Tsai Horng Chung
Tentang Tsai Horng Chung

Tsai Horng Chung 蔡洪鐘 (lahir 1915, Fujian, China - meninggal 2003, Sarawak) ialah seorang artis, pendidik dan penyair. Beliau belajar di Akademi Seni Shanghai sebelum berpindah ke Sibu, Sarawak pada tahun1943 untuk bertemu semula dengan keluarga dan memulakan kerja guru. Semasa latihan, beliau mendapat bimbingan dua orang guru, Wang Geyi dan Ne Yide dalam kedua-dua teknik lukisan dakwat Cina dan lukisan Barat. Karya beliau telah dipamer dalam beberapa pameran termasuk ‘Pertumpuan: Senusa Sejiwa’ (2014) di Galeri Petronas, Kuala Lumpur, dan ‘The Nanyang Show (2016) di Pusat Seni Visual, Singapura. Pada tahun 2005, sebuah pameran anumerta bertajuk ‘Menemui Semula: Tsai Horng Chung’ telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Bacaan Selanjutnya

Bahagian Pembelajaran
  • Apakah yang anda lihat dalam lukisan ini? Jelaskan warna-warna yang anda nampak? Bagaimanakah susun aturnya? Bagaimanakah pelukisnya menggunakan dana (tone)? Terdapatkah bahagian-bahagian yang lebih gelap atau cerah berbanding yang lain? Jelaskan bentuk-bentuk dan garisan-garisan yang anda lihat? Adakah lukisan ini memiliki corak atau tekstur?

  • Apakah angin (mood) atau suasana karya ini? Apakah yang anda fikirkan ketika melihat karya ini? Apakah bentuk-bentuk yang anda kenal? Anda rasa, apakah yang sedang difikirkan oleh pelukis ini ketika beliau sedang menghasilkan karya ini?