Artist Detail | Ilham Gallery
Basoeki Abdullah
1915-1993, Indonesia
Basoeki Abdullah
1915-1993, Indonesia

Basoeki Abdullah (1915-1993,  Indonesia) adalah seorang pelukis potret Indonesia yang terkenal. Beliau belajar catan di Royal Academy of Visual Arts di Den Haag, Belanda pada tahun 1935-1937. Kebolehan beliau melukis potret yang menarik pantas menjadikannya popular di kalangan golongan kelas atasan. Walau bagaimanapun, Basoeki juga melakukan banyak lukisan landskap, flora dan fauna, dan motif yang diilhamkan dari mitologi dan cerita rakyat Jawa. Gaya seninya meletakkan beliau dalam tradisi realis, memihak kepada penghasilan semula subjek dengan tepat dan seperti hidup di atas kanvas berbanding representasi artistik gerakan ekspresionis.