Artist Detail | Ilham Gallery
Chong Kim Chiew
1975, Malaysia
Chong Kim Chiew
1975, Malaysia

Chong Kim Chiew (l. 1975, Kuala Lumpur, Malaysia) seorang artis dan kurator yang bekerja merentasi medium, kaedah dan paradigma yang berbeza. Beliau percaya faktor paling kritikal dalam seni kontemporari ialah "sikap". Kerja instalasi beliau mengulas tentang persekitaran sosial dan politik dalam pelbagai tapak pameran. Chong menganggap bahan sebagai tidak statik namun sentiasa berubah-ubah, berkembang ke luar dan mudah di salah baca. Di Kuala Lumpur, beliau telah mengadakan pameran solo di A+ Works of Art (2018), Wei-Ling Contemporary (2015) dan di RAP Art Space (2005). Dan projek kuratorialnya telah dibentangkan di pelbagai ruang seni, antaranya: Sekolah Menengah Stella Maris (2008), 153 Gallery (2006), dan RAP Art SPace (2004, 2003). Chong memiliki Ijazah Sarjana, pengkhususan dalam Catan Minyak, dari Akademi Seni Halus Guangzhou, China (2000).

Sumber: Lostgens