Artist Detail | Ilham Gallery
Eng Tay
1947, Malaysia
Eng Tay
1947, Malaysia

Pada tahun 1968 Eng Tay (l. 1947, Malaysia) berpindah ke New York untuk mengikuti pembelajarannya di The Art Student League, diikuti dengan The School of Visual Art, New York pada tahun 1972 sebagai pereka grafik. Beliau bekerja dalam bidang seni grafik sehingga tahun 1978, di samping mengembara sambil menghasilkan lukisan di Amerika Selatan dan Indonesia sehingga tahun 1980. Kembara ini menjadi asas kepada pemandangan dan detik yang menjadi subjek beliau - imej orang bermain muzik, detik dan interaksi keluarga, pemandangan pasar dan amalan harian. Karya beliau telah dipamerkan di Taiwan, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Malaysia dan New York, dan juga serata Amerika Syarikat.

Sumber: KL Lifestyle