Artist Detail | Ilham Gallery
Kamin Lertchaiprasert
1964, Thailand
Kamin Lertchaiprasert
1964, Thailand

Dilahirkan pada tahun 1964 di Lop Buri, Thailand, Kamin tinggal dan bekerja di Chiang Mai. Beliau telah berkarya dalam berbagai bahantara termasuk catan, instalasi, seni cetak dan arca. Selepas tamat pengajian di Universiti Silpakorn Bangkok pada tahun 1987, Kamin berpindah ke New York di mana beliau menghadiri The Art Student League of New York hingga 1992. Pada tahun 1998 beliau bersama rakan artis Rirkrit Tiravanija menubuhkan The Land Foundation (‘Sawah Padi’, dalam terjemahan daripada Bahasa Thai), sebuah inisiatif yang mengubah sebidang kawasan sawah padi menjadi tempat untuk projek kreatif dan residensi seni. Minat beliau dengan usaha kerjasama membawanya seterusnya kepada penubuhan institusinya sendiri, ‘Muzium Semangat Kontemporari Abad ke-31’ pada tahun 2008.