Artist Detail | Ilham Gallery
Moe Satt
1983, Myanmar
Moe Satt
1983, Myanmar

Si Thu Tan Naing (l. 1983, Myanmar) dari Yangon mengambil nama artis yang unik, Moe Satt. Lahir di dalam negara yang menderita akibat pemerintahan diktator dan junta tentera, Moe Satt menjadi tokoh penting dalam generasinya kerana mengambil berat dan kritikannya terhadap keadaan sosio-politik yang disubjekkan kepada masyarakatnya, dan juga idea dan praktik artistiknya. Medium utama Moe Satt ialah tubuh. Beliau menempatkan tindakan dan performans di persimpangan antara ruang awam dan khalayak yang meluas, di mana ia dapat membangkitkan penyaksian dan penyertaan yang diperlukan untuk membentuk imuniti bersama dan perubahan. Ia membuktikan tujuan Moe Satt untuk merobohkhan turutan hierarki turutan menerusi struktur koreografi yang mencadangkan gangguan normatif ruang awam dan penglibatan mereka demi membenarkan khalayak penonton mengamati masa, pergerakan dan pertukaran yang segar. Beliau menggunakan corak-corak yang terbit dari agama, sejarah sosial dan juga budaya popular sebagai petikan untuk berkomunikasi, menyatakan sikap dan maklumat, menimbulkan persoalan dan provokasi.