Artist Detail | Ilham Gallery
Poodien
1979, Malaysia
Poodien
1979, Malaysia

Karya Poodien (l. 1979, Kelantan, Malaysia) memperkatakan tentang pelbagai subjek, medium dan bentuk, termasuk catan, grafik digital, pemasangan dan performans. Metodologinya silang antara tindakan langsung, eksperimen sosial, kerja kolektif dan penciptaan individu, memberi tumpuan kepada konfrontasi dan kekerasan dalam individu dan dalam masyarakat. Beliau amat prihatin dengan isu "kebebasan individu dan masalah kebenaran yang lapuk, tidak berubah, dogmatik, kebenaran asas". Poodien dipengaruhi oleh pelbagai amalan seni dan aliran pemikiran serta 'kehidupan seharian biasa', beliau mengenal pasti, mengaplikasi dan menguji karya eksperimen terbukanya terhadap respons orang ramai dan realiti konteks sosialnya.