Artist Detail | Ilham Gallery
Seah Kim Joo
1939, Singapore
Seah Kim Joo
1939, Singapore

Seah Kim Joo (l. 1939, Singapura) dibesarkan di Terengganu, di mana beliau mula-mula didedahkan dengan proses pembuatan kain batik tradisional. Beliau pulang ke Singapura untuk belajar di Akademi Seni Halus Nanyang pada 1959. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau kembali ke Terengganu dan menjelajah pantai timur Malaysia untuk memperdalam dan mengukuhkan pengetahuannya tentang teknik-teknik batik. Beliau dikenali menerusi sebuah lukisan batik berskala besar yang dilukis di atas lima keping panel, berjudul Malayan Life (1968), yang ditempah untuk upacara perasmian Hotel Malaysia di Singapura.