Artist Detail | Ilham Gallery
Sean Lean
1981, Malaysia
Sean Lean
1981, Malaysia

Sean Lean (l. 1981, Selangor, Malaysia) memiliki Diploma dalam Seni Visual & Digital dari Universiti Kolej Teknologi Kreatif Limkokwing pada tahun 2000. Karya beliau sering menangani isu-isu identiti yang berpecah-belah dan percanggahan antara nilai tradisional Timur dan tarikan budaya popular Barat. Melalui karya-karyanya, Lean meneliti sejarah dan ingatan peribadinya dan merenung peristiwa yang telah membentuk negara dan wilayahnya. Beliau menjejaki ketegangan sosial, politik dan agama, jurang perbezaan, dan mengikuti kisah-kisah yang telah membentuk ingatan kolektif wilayahnya. Walaupun isu ini serius, unsur-unsur jenaka sering diselitkan dalam praktiknya.