Artist Detail | Ilham Gallery
Tan Choon Ghee
1930 - 2010, Malaysia
Tan Choon Ghee
1930 - 2010, Malaysia

Tan Choon Ghee (lahir 1930 – meninggal 2010, Pulau Pinang) seorang pelukis cat air yang prolifik, menumpukan lukisan kehidupan jalanan yang berubah-ubah di bandar-bandar Malaysia. Dia menemui gurunya yang pertama, Kuo Ju Ping semasa tinggal di George Town, dan kemudiannya dilatih di Akademi Seni Halus Nanyang, Singapura. Pada tahun 1957-1959, beliau melanjutkan latihan di Sekolah Seni Halus Slade di London. Selepas bekerja sebentar sebagai pereka set televisyen di Singapura dan Hong Kong, Tan memulakan kerjayanya sebagai artis dan guru seni pada tahun 1969. Di antara pameran solonya yang banyak di Pulau Pinang termasuk:  Pameran Retrospektif (1992), Pameran Retrospektif ( 2000), A Tribute to Tan Choon Ghee (2001), A Lifetime of Drawing (2014) dan Tan Choon Ghee: Resonance of the Magical Moments (2017). Hasil kerja dan lakaran peribadi Tan boleh didapati dalam koleksi keluarganya dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.