Artist Detail | Ilham Gallery
Thawan Duchanee
1939-2014, Thailand
Thawan Duchanee
1939-2014, Thailand

Dilahirkan di Chiang Rai (1934-2014, Thailand), Thawan memulakan pendidikan seninya di Poh Chang Arts and Crafts College. Beliau kemudiannya belajar dengan pengarca terkemuka Itali Corrado Feroci (Shilpa Bhilasri) di Universiti Silpakorn. Selepas melanjutkan pelajarannya di Royal Academy of Visual Arts, Amsterdam, Thawan kembali ke Thailand dan mula mendapat perhatian kerana keunikan gaya catan merah/putih dan tona hitam. Walaupun karyanya yang gelap dan tidak menyenangkan ini mengejutkan para konservatif Buddha, pamerannya mendapat tempat di seluruh kerajaan Thailand dan luar negara. Dengan senarai panjang pamerannya di luar negara dan komisen mural, termasuk di Bank of Thailand, Istana Doi Tung dan banyak lagi, Thawan meningkat menjadi artis ulung Thailand.