Artist Detail | Ilham Gallery
Trixie Tan
1992, Malaysia
Trixie Tan
1992, Malaysia

Trixie Tan Lu Man (l. 1992, Malaysia) memperoleh Diploma Seni Halus dari Akademi Seni Dasein. Pada tahun 2013, beliau memenangi Anugerah Perak kategori artis baru dalam pertandingan UOB Painting of the Year dan pada tahun 2015 beliau menyertai program residensi artis di Bali di bawah kelolaan Galeri G13. Beliau telah menyertai pelbagai pameran berkumpulan dan pameran solo pertama beliau “Blossom” diadakan di HOM Art Trans pada 2017. Catannya yang memaparkan imej perempuan bersama bunga dan haiwan kaya dengan simbolisme.