Artist Detail | Ilham Gallery
Yeoh Jin Leng
1929, Malaysia
Yeoh Jin Leng
1929, Malaysia

Yeoh Jin Leng (l.1929) dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan latihan di Maktab Latihan Guru Malaya di Kirby, England pada tahun 1953. Beliau merupakan pelajar seni yang menerima biasiswa Persekutuan Malaysia  yang pertama melanjutkan pengajian seni di Chelsea School of Art di London (1957–1961) dan Institute of Education, Universiti London (1962–1963). Selepas kembali ke Malaysia beliau seterusnya menyandang beberapa jawatan dalam pelbagai institusi pendidikan dan pertubuhan seni, termasuklah sebagai Pensyarah Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas (1963–1968), ahli pengasas dan Naib Presiden Persatuan Pelukis Malaysia (1982–1984), dan Dekan Pengajian di Malaysian Institute of Art (1985–1994). Sepanjang kerjayanya beliau telah menerima beberapa anugerah, seperti Ahli Mangku Negara pada tahun 1972 dan Kesatria Mangku Negara pada tahun 1994 dari Kerajaan Malaysia atas sumbangan dan jasa beliau kepada industri seni tempatan. Pada tahun 1965, pameran solonya yang pertama telah diadakan di British Council, Kuala Lumpur. Pada tahun 1996, pameran retrospektif karya-karya beliau telah dilangsungkan di Balai Seni Lukis Negara Malaysia.