Artist Detail | Ilham Gallery
Yunizar
1971, Indonesia
Yunizar
1971, Indonesia

Lulusan dari Institut Seni Indonesia (ISI) di Yogyakarta, Yunizar (l. 1971, Indonesia) merupakan ahli yang paling menonjol dalam Jendela, kolektif seni kontemporari yang paling terkemuka di Indonesia. Tokoh yang berpengaruh dalam kepesatan persada seni Indonesia, Yunizar mendapat pujian kritis di peringkat antarabangsa. Dikenali kerana meninggalkan estetika ortodoks, artis Jendela mencipta karya yang membebaskan imaginasi dan berekspresi tulen. Beliau menolak fungsi dan rasional, memilih untuk mengikuti kecenderungan primitifnya. Karya Yunizar membawakan imej seperti coretan dan contengan keanakan. Dengan menggunakan garisan kasar, tidak sekata dalam palet warna yang sebahagian besarnya berwarna kuning, coklat dan hijau, beliau menanggapi lukisan gua. Coretan haiwan-haiwan yang dikenali dan khayalan ini menghasilkan dunia aneh tanpa sempadan.