Artist Detail | Ilham Gallery
Zakaria Ali
1946, Malaysia
Zakaria Ali
1946, Malaysia

Zakaria Ali (l. 1946, Negeri Sembilan) merupakan seorang pelukis, ahli akademik dan penulis. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Halus dari Southwestern University di Texas, Amerika Syarikat, dan kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Seni di Stephen F. Austin State University di Texas dan selepas itu memperolehi Ijazah Sarjana yang kedua dalam Sejarah Seni di Universidad de las Americas di Puebla, Mexico. Pada tahun 1991, beliau dianugerahkan Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard. Pada tahun 1993, beliau mula bertugas sebagai pensyarah Sejarah Seni di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Penyelidikan dan pengajarannya telah memberikan sumbangan kepada bidang sejarah seni Malaysia yang baru muncul. Beliau juga seorang penulis terkenal dan telah menerbitkan pelbagai sajak, cerpen, himpunan esei, travelog dan diari.