Art Detail | Ilham Gallery
City Tales V
 TAMBAH KE ALBUM
City Tales V
2016

Karya Gan Chin Lee berbentuk respon peribadi beliau terhadap krisis identiti yang dialami oleh migran di seluruh dunia. Terpengaruh oleh rakaman ulang tayang media berkenaan isu ribuan pelarian Rohingya yang terkorban di lautan selepas ditinggalkan oleh penyeludup, artis cuba untuk menangkap keadaan mendesak dan naluri untuk meneruskan kehidupan di dalam karya ini. Catan yang bertajuk “City Tales V” terhubung dengan kisah-kisah terpendam komuniti pendatang yang kini menjadikan bandar-bandar di Malaysia sebagai rumah mereka.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas kain linen
Dimensi:
122 x 86 cm
Tarikh:
2016
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Gan Chin Lee
Tentang Gan Chin Lee

Gan Chin Lee (l. 1977) menamatkan pengajian Diploma in Illustration di One Academy of Communication Design, Malaysia  sebelum menyambung pengajian di Beijing Central Academy of Fine Arts di mana beliau melengkapkan pengajian Masters degree in Fine Arts (2008) di institusi yang sama. Setelah pulang ke tanahair selepas graduasi, beliau memenangi anugerah Malaysian Emerging Artist Award (2009) dan diikuti dengan dua buah pameran solo yang menyerlahkan lagi portfolio beliau disamping diakui sebagai salah seorang pelukis figuratif utama yang berteraskan realisme sosial.