Art Detail | Ilham Gallery
Divina Proportione
 TAMBAH KE ALBUM
Divina Proportione
2015

Artis, arkitek, penyair, aktivis Ai Weiwei (l. 1957, China) merupakan salah seorang sosok yang paling berpengaruh dalam dunia seni dan budaya kontemporari hari ini. Divina Proportione (2015) di Menara ILHAM ialah karya arca awam kekal beliau yang pertama ditampilkan di Asia Tenggara. Menyajikan ekspresi berkaitan keindahan dan keanggunan matematik, karya ini menggambarkan penglibatan serta komitmen panjang artis ini dengan elemen bentuk dan kesignifikanannya. Tajuk karya ini merujuk kepada buku tulisan Luca Pacioli mengenai kadaran-kadaran matematik dan kegunaannya dalam bidang geometri, seni visual dan seni bina yang diterbitkan pada 1509, yang mana turut memaparkan lakaran-lakaran oleh Leonardo da Vinci, termasuklah ilustrasi-ilustrasi pelbagai bentuk polihedron. Berhubung dengan arca-arca tersebut di Menara ILHAM, struktur-struktur polihedronnya, yang diperbuat daripada kepingan-kepingan gangsa, digilap sehingga menghasilkan tona “ros” dan dicantumkan dengan kimpalan keluli tahan karat, memiliki nilai estetik yang lebih bersifat moden dan industrial, justeru berjaya menimbulkan dialog dengan reka bentuk teknologi tinggi bangunan baru ini yang terletak di tengah-tengah landskap kota Kuala Lumpur.

Maklumat
Media:
Gangsa dan keluli tahan karat
Dimensi:
Saiz pelbagai
Tarikh:
2015
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Ai Weiwei
Tentang Ai Weiwei

Artis, arkitek, penyair, aktivis Ai Weiwei (l. 1957, China) merupakan salah seorang sosok yang paling berpengaruh dalam dunia seni dan budaya kontemporari hari ini.

Divina Proportione (2015) di Menara ILHAM ialah karya arca awam kekal beliau yang pertama ditampilkan di Asia Tenggara. Menyajikan ekspresi berkaitan keindahan dan keanggunan matematik, karya ini menggambarkan penglibatan serta komitmen panjang artis ini dengan elemen bentuk dan kesignifikanannya. Tajuk karya ini merujuk kepada buku tulisan Luca Pacioli mengenai kadaran-kadaran matematik dan kegunaannya dalam bidang geometri, seni visual dan seni bina yang diterbitkan pada 1509, yang mana turut memaparkan lakaran-lakaran oleh Leonardo da Vinci, termasuklah ilustrasi-ilustrasi pelbagai bentuk polihedron. Berhubung dengan arca-arca tersebut di Menara ILHAM, struktur-struktur polihedronnya, yang diperbuat daripada kepingan-kepingan gangsa, digilap

sehingga menghasilkan tona “ros” dan dicantumkan dengan kimpalan keluli tahan karat, memiliki nilai estetik yang lebih bersifat moden dan industrial, justeru berjaya menimbulkan dialog dengan reka bentuk teknologi tinggi bangunan baru ini yang terletak di tengah-tengah landskap kota Kuala Lumpur.

Bahagian Pembelajaran
  • Andaikan bahawa anda memberi penerangan tentang karya ini kepada orang yang tidak dapat melihat. Terangkan bentuk-bentuk, corak-corak dan warna-warna yang anda lihat. Berdasarkan gambar tersebut, dapatkah anda teka apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya ini? Jika anda dapat menyentuh karya tersebut, apakah rasanya? Berapa berat agaknya karya itu? Bentuknya itu mengingatkan anda kepada apa?

  • Orang sering beranggapan bahawa seni dan matematik bercanggah antara satu sama lain. Namun, ramai bijak pandai yang sudah meneroka seni dan matematik secara bersama. Apakah kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi kedua-dua bidang ini? Di manakah kedua-dua bidang ini bertindihan? Bidang seni bina adalah contoh bidang yang memerlukan kedua-duanya. Apakah bidang-bidang lain yang memerlukan seni dan matematik?

  • Karya ini merupakan arca awam yang dipamerkan di luar galeri. Menurut anda, adakah layanan masyarakat terhadap seni akan berbeza jika ianya dipamerkan di luar galeri? Apakah arca-arca lain yang pernah anda lihat? Bagaimanakah cara masyarakat berinteraksi dengannya? Apakah kelebihan yang diperoleh seseorang seniman jika karyanya dipamerkan di ruang awam? Apakah pula kekurangannya?