Art Detail | Ilham Gallery
Breast Stupa Topiary
 TAMBAH KE ALBUM
Breast Stupa Topiary
2013

Pinaree Sanpitak (l. 1961, Thailand), salah seorang artis Asia Tenggara yang cukup dikagumi, menghasilkan lapan buah objek ini yang direka bentuk bagi membantu dan mengawal pertumbuhan tanam-tanaman. Dibuat daripada keluli tahan karat jenis industrial oleh sebuah syarikat perabot di Bangkok, karya instalasi yang dipasang di luar bangunan ini menarik perhatian pengunjung untuk berinteraksi dengannya, memasuki ruang di dalamnya sambil menikmati bayang mereka yang terpantul pada permukaan strukturnya yang Pinaree Sanpitak digilap hingga betul-betul berkilat.

Maklumat
Media:
Keluli tahan karat
Dimensi:
Saiz pelbagai
Tarikh:
2013
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Pinaree Sanpitak
Tentang Pinaree Sanpitak

Artis Thailand, Pinaree Sanpitak (l. 1961, Thailand) begitu dikenali dengan motif ‘stupa payudara’ dan juga terkenal dengan kecairan idea dan bahan, dan sentiasa menciptakan karya berdasarkan konsepnya yang terdahulu. Sebagai artis konseptual yang diakui secara kritis, beliau selalu dikategorikan sebagai artis feminis yang memfokuskan kewanitaan dan keibuan, namun walaupun praktik Sanpitak meneroka kewanitaan dan tubuh wanita, praktik Sanpitak berkisaran tentang bentuk manusia dan kemanusiaan, melihat tubuh sebagai tempat pengalaman dan tanggapan. Karya beliau (arca, catan, lukisan, instalasi, seramik, cetakan, fotografi, performans) kerap mengangkat hubungan antara manusia dan mengajukan tema seperti kesuburan dan keselesaan.