Art Detail | Ilham Gallery
Blue Wisdom
 TAMBAH KE ALBUM
Blue Wisdom
2019


Maklumat
Media:
Sianotip dan dakwat atas kertas kapas
Dimensi:
115 x 79 cm
Tarikh:
2019
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Budi Agung Kuswara
Tentang Budi Agung Kuswara

Budi Agung Kuswara (l. 1982, Bali, Indonesia) menetap dan bekerja di Bali. Pada tahun 2009 Kuswara lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Institut Seni Indonesia (ISI) di Yogyakarta, Indonesia. Fokus seninya pada penerokaan identiti budaya dan persekitaran sosial. Kuswara mencipta karya merentas media yang berbeza, termasuk lukisan, fotografi dan cetakan. Lukisannya diilhamkan oleh lukisan Kamasan, gaya lukisan naratif tradisional Bali pada masa lalu yang digunakan terutamanya untuk menghiasi kuil di pulau itu, dan juga rumah golongan bangsawan. Dalam lukisannya, Kuswara sering menetapkan figuranya dengan warna biru pekat, mencipta karya yang mengkaji identiti budaya, meraikan masyarakat dan budaya sambil meneroka masalah realiti sosial.

Sumber: Kristin Hjellegjerde