Art Detail | Ilham Gallery
Bodhisattva
 TAMBAH KE ALBUM
Bodhisattva
2013

Sumber lukisan permata gemerlapan bentuk hati ini ialah sebuah imej di Internet. Dalam memperbesarkan imej, ia menjelaskan lagi permainan cahaya dan cerminan warna pada segi-segi permukaannya.

Lukisan ini telah dipamerkan di FEEKA pada Disember 2014 dalam pameran solo bertajuk "The Pleasures of Odds and Ends" (‘Nikmat Serba-serbi Kecil dan Rencam’), sebuah pameran yang bermain dengan hubungan Internet dan seni, suatu percubaan berkarya di luar permukaan lukisan empat segi, sebaliknya mengguna bentuk ‘hati’ untuk merunjuk kepada idea Bodhisattva. Karya dalam pameran ini diiringi kod QR untuk pelawat dibawa ke pautan media talian Internet yang berkaitan, untuk menghayati karya dari berbagai sudut dalam jaringan berbagai makna.

Dari sudut ini, pendekatan realis Gan dalam karya ‘Bodhisattva’ ini bersifat strategik, menggunakan ketelitian yang dieksploitasikan untuk menyingkap lapisan ruang sebenar dan maya dan bahan yang menjadikan ciptaan tersebut. Ia menyumbang kepada pepatah pascamoden mengenai benar/palsu, atau keadaan hiperpautan, dunia pasca-digital dan bagaimana ia mengelirukan nilai makna dan keaslian.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas papan
Dimensi:
98 x 96 cm
Tarikh:
2013
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Gan Siong King
Tentang Gan Siong King

Gan Siong King (Lahir 1975, Segamat, Malaysia) bertempat di Kuala Lumpur. Beliau adalah lulusan pengajian Seni Halus Institut Seni Malaysia (MIA) tahun 1996, dalam jurusan lukisan. Dari 1998 hingga 2000, beliau menjadi pembantu pelukis Wong Hoy Cheong. Pameran solo termasuk ‘The Pleasures of Odds & Ends’ (2014, Feeka, Kuala Lumpur), ‘Meeting People is Easy’ (2017, Artist's Studio, Kuala Lumpur), dan ‘All Watched Over by Machines of Loving Grace’ (2019, A+ Works of Art, Kuala Lumpur). Karyanya telah dipamerkan dalam pameran kumpulan di Malaysia, Tokyo, Bucharest, Indonesia, Singapura, dan Jepun.

Bacaan Selanjutnya

Bahagian Pembelajaran

  • Lukisan ini boleh dianggap sebagai fotorealistik kerana ia dilukis dengan sangat terperinci sehingga menyerupai sebuah gambar. Pada pendapat anda, adakah realisme penting dalam lukisan? Kalau gambar boleh diambil dalam sekelip mata, kenapa menghabiskan masa untuk menghasilkan lukisan yang menyerupai gambar? Adakah karya ini akan menjadi lebih berkesan kalau ianya merupakan sebuah gambar?

  • Lukisan ini diberi judul Bodhisattva. Dalam agama Buddha, Bodhisattva merupakan seseorang yang sudah mencapai sedar namun menangguhkan diri daripada masuk syurga kerana ingin membantu orang lain mencapai sedar. Bagaimanakah kaitan judul ini dengan karya seni itu? Kenapakah seniman ini memberikan judul sedemikian?