Art Detail | Ilham Gallery
Boxed In
 TAMBAH KE ALBUM
Boxed In
2004

Arca ini mengandungi susunan bertindih kepingan bintang besi empat bucu dalam bentuk lingkaran tegak beralaskan bentuk batu granit. 


Ianya sebuah karya dalam siri arca Multhalib Musa yang menyahut siri lukisan cat bertajuk ‘Biring’ (2007) oleh pelukis Malaysia Yusof Ghani. Multhalib terdorong untuk menimbulkan perasaan pergerakan kucar-kacir yang dicetus oleh lukisan ayam bersabung oleh Yusof Ghani, dalam bentuk tiga dimensi tidak bergerak. Beliau ingin menangkap rasa layangan dan lenturan daripada bahan keluli lembut. Secara imaginasi pergerakan boleh dibayangi dari semua sudut arca ini: dari atas, artis memberi gambaran sebilah pisau berpusing ke bawah dalam gerak perlahan; dari sisi, kita lihat lapisan susunan pisau berpusing dalam alunan garis tajam, seolah-olah tanpa henti. Minat Multhalib Musa kepada kaitan fahaman antara seni dan seni bina ini dipengaruhi oleh latar belakang beliau dalam Seni Bina, terjelas dalam karya arca ini dari segi permainan antara binaan, cahaya, sapuan, matematik, dan ekspresi pergerakan.


Maklumat
Media:
Keluli lembut ‘potongan laser’ dengan alas batu granit
Dimensi:
120 x 120 x 40 cm
Tarikh:
2004
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Abdul Multhalib Musa
Tentang Abdul Multhalib Musa

Abdul Multhalib Musa (lahir 1976, Pulau Pinang) seorang pengarca  yang dikenali dengan 'arca logam cecair'nya, yang pada dasarnya meneroka kaedah mengubah bahan keras seperti logam menjadi bentuk lentur yang menangkap dan melantun cahaya. Beliau telah mengikuti pengajian Sarjana Muda Reka Bentuk di Universiti Adelaide di Australia, dan Sarjana Muda Seni Bina daripada Universiti Teknologi MARA, pada tahun 2000. Beliau juga telah menerima berbagai anugerah dan residensi seni dalam dan luar negara.

Sumber: KL Lifestyle

Bacaan Selanjutnya