Art Detail | Ilham Gallery
Nyonya Nostalgia Series
 TAMBAH KE ALBUM
Nyonya Nostalgia Series
1995

Lukisan Sylvia Lee Goh adalah objek kerinduan kepada budaya keturunannya. Di sini seorang wanita berkebaya labuh, pakaian  tradisi Peranakan, dipapar dalam ruang di tengah-tengah lukisan yang tersorok ke dalam dinding merah yang dihias penuh dengan corak bunga. Kebanyakan karya Sylvia Lee menumpu kepada corak hiasan seperti ini, yakni membabitkan warna merah, biru, kuning-emas dan putih, dipalitkan dengan sapuan berus yang agak lembut dan longgar. Penulisan tentang karya Sylvia kerap menekan bahawa tumpuan Goh bukan hanya untuk meraikan "Zaman Keemasan" yang lalu, tetapi juga mengenai menuntut semula budaya yang semakin pudar. Kita lihat hal ini dalam dua aspek lukisan yang ketara. Pertama, bagaimana corak bunga yang menguasai lukisan itu dilukis padat di bahagian bawah dan beransur jarang dan pudar di sebelah atas lukisan. Kita juga boleh perhati keadaan yang selari dalam bagaimana figura wanita itu dikerdil dan disepit oleh hiasan bunga yang dilukis luas dan padat pada bidang dinding yang besar. Figura itu seolah-olah tidak boleh kita hampiri oleh kerana ianya terletak terlalu jauh ke dalam gubahan lukisan, menjadi hanya imej dalam memori yang semakin pudar.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas papan gentian.
Dimensi:
110 x 80 cm
Tarikh:
1995
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Sylvia Lee Goh
Tentang Sylvia Lee Goh

Sylvia Lee Goh (1940 - 2021, Pulau Pinang) seorang pelukis belajar sendiri, terkenal dengan keraian warisan Peranakan dalam lukisan alam benda yang dipenuhi motif, simbol dan objek Peranakan, serta lukisan potret dan landskap berunsur budaya Peranakan. Bapanya keturunan dari Alor Setar, Kedah, di mana moyang sebelah bapanya Lee Yoke Cheng adalah Setiausaha Sulit kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1855-1879). Loo Yet Leong, moyang sebelah ibunya seorang ketua keluarga terkenal di Pagar Tras, Pulau Pinang. Walaupun melukis lewat dalam hidup, beliau seorang artis veteran empat puluh tahun dengan dua pameran solo, kedua-duanya di Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1998 dan 2015, dan telah mempamer dalam lebih tujuh puluh pameran kumpulan, dalam dan luar negara, termasuk pameran Balai Seni Lukis Negara di Indonesia dan Argentina.

Bacaan Selanjutnya

  • J. Anurendra, “Sylvia Lee Goh: Kenangan dan Rasa Kehilangan”, Sylvia Lee Goh, Seniman Malaysia: Dua Dekad Seni - "Dari Hati" 1978-1998 (Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, 1998), ms 8-9. Esei katalog.

  • Wong Hoy Cheong, “Pleasure, Innocence, Abundance: Sylvia Lee Goh's Garden of Eden”, Sylvia Lee Goh, A Malaysian Artist: Two Decades of Art - "From the Heart" 1978-1998 (Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, 1998), ms 11. Esei katalog.

  • Zakaria Ali, “Sylvia Lee Goh: The Searcher of Beauty”, Sylvia Lee Goh, Seniman Malaysia: Dua Dekad Seni - "Dari Hati" 1978-1998 (Pulau Pinang: Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, 1998), ms. 13. Esei katalog.