Art Detail | Ilham Gallery
P.Ramlee @ Saloma (Malaya Series)
 TAMBAH KE ALBUM
P.Ramlee @ Saloma (Malaya Series)
2009

Zulkifli Yusoff (l. 1962, Kedah, Malaysia) menerima Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dari Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) dan ijazah Sarjana Seni dari Fakulti Seni & Rekabentuk Politeknik Manchester, United Kingdom. Karya-karya yang dihasilkannya selama beberapa dekad menggunakan pelbagai jenis medium, daripada lukisan dan cetakan ekspresif sampailah kepada arca dan instalasi yang cukup bertenaga. Sepanjang kerjayanya beliau telah berpameran di peringkat antarabangsa dan karya-karyanya juga boleh ditemui dalam pelbagai koleksi penting di rantau ini, seperti Balai Seni Negara, Galeri PETRONAS dan Galeri Negeri Kedah di Malaysia, Muzium Seni Singapura, dan Muzium Seni Fukuoka dan Muzium Seni Hiroshima di Jepun. Zulkifli Yusof pernah mewakili Malaysia di acara Venice Biennale pada tahun 1997 dan 2019.

Maklumat
Media:
Mixed media on canvas
Dimensi:
122 x 92 cm
Tarikh:
2009
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Zulkifli Yusoff
Tentang Zulkifli Yusoff

Zulkifli Yusoff (l. 1962, Kedah, Malaysia) menerima Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dari Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) dan ijazah Sarjana Seni dari Fakulti Seni & Rekabentuk Politeknik Manchester, United Kingdom. Karya-karya yang dihasilkannya selama beberapa dekad menggunakan pelbagai jenis medium, daripada lukisan dan cetakan ekspresif sampailah kepada arca dan instalasi yang cukup bertenaga. Sepanjang kerjayanya beliau telah berpameran di peringkat antarabangsa dan karya-karyanya juga boleh ditemui dalam pelbagai koleksi penting di rantau ini, seperti Balai Seni Negara, Galeri PETRONAS dan Galeri Negeri Kedah di Malaysia, Muzium Seni Singapura, dan Muzium Seni Fukuoka dan Muzium Seni Hiroshima di Jepun. Zulkifli Yusof pernah mewakili Malaysia di acara Venice Biennale pada tahun 1997 dan 2019. 

Bacaan Selanjutnya


Bahagian Pembelajaran

Karya ini memaparkan bintang-bintang filem dari zaman keemasan filem Malaysia. Kalau kita ingin mengemaskini karya ini, siapakah yang akan kita masukkan untuk mencerminkan budaya popular Malaysia semasa? Apakah perbezaan gambar-gambar mereka dengan gambar P. Ramlee dan Saloma? Apakah yang dicerminkan oleh para penghibur, gambar-gambar mereka, dan tingkah laku mereka tentang masyarakat kita secara umum?


Karya Zulkifli Yusoff selalunya meneroka persoalan identiti rakyat Malaysia. Karya ini sangat dipengaruhi oleh gerakan seni pop, iaitu gerakan yang menghasilkan karya daripada gambar-gambar budaya popular. Apakah elemen-elemen budaya popular di Malaysia yang sangat rapat dengan rakyat Malaysia? Apakah elemen-elemen yang diimport?


Apa kata anda jawab karya Zulkifli Yusoff ini dengan menghasilkan kolaj berdasarkan budaya popular semasa. Pilih gambar-gambar penghibur dan gabungkannya dengan simbol-simbol dan logo-logo yang mewakili mereka.