Art Detail | Ilham Gallery
Pekaka
 TAMBAH KE ALBUM
Pekaka
2006

Raja Shahriman telah mengkaji persamaan antara kerja logamnya dengan ahli pertukangan keris. Stail arcanya yang antropomorfik menyamai reka bentuk hulu keris Jawa Demam zaman dahulu, yang sering mempunyai unsur figura. Seterusnya bentuk ini berubah menjadi bentuk burung, lantas kepada bentuk pekaka. Mengguna cara membuat senjata Melayu tradisional, Shahriman membentuk figura pahlawan menerpa rendah ke hadapan, dengan pintalan rumit melilit betisnya.

Maklumat
Media:
Besi kimpalan
Dimensi:
45 x 69 x 48 cm
Tarikh:
2006
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Raja Shahriman
Tentang Raja Shahriman

Raja Shahriman bin Raja Aziddin (lahir 1967, Perak) terkenal dengan pertukangan besinya – mahir mengubah besi buruk menjadi bentuk yang dinamik. Beliau berkhususkan seni arca dalam seninya di Universiti Teknologi Mara (1987 – 1989) dan mengajar seketika di Institut Seni Malaysia, Kuala Lumpur. Pada tahun 1994, beliau pulang ke kampung halaman untuk mempelajari seni membuat keris. Pertukangan besinya kini sudah menjangkau dua dekad dan merangkumi pelbagai siri - Alat Pembunuh (1994), Gerak Tempur (1996), Gerak Tempur Peraliban (1997), Api, Bayangan & Kemenyan (1998), Semangat Besi (2001), Nafas ( 2004) dan Langkah Hulubalang (2006). Raja Shahriman telah menerima Anugerah Kecil di Salon Malaysia pada tahun 1991 dan Anugerah Industri Budaya Asia Pasifik pada tahun 2009. Beliau telah mengadakan pameran solo di Balai Seni Lukis Negara Malaysia, Kuala Lumpur (2004), dan di Galeri Petronas (2009).

Bacaan Selanjutnya

  • ‘GEMBALA Mana ‘O’ . . . Si Gembala’, Galeri Pelita Hati, Kuala Lumpur, 2014. 

  • ‘Irama Abad ke-21 : Monolog Raja Shahriman’, Galeri Petronas, 2009.

  • ‘Nafas: Arca Raja Shahriman’, Balai Seni Negara, 2004.

  • ‘Formative: Contemporary Malaysian Sculpture’, Valentine Willie Fine Art, 2003.