Artist Detail | Ilham Gallery
Ai Weiwei
1957, China
Ai Weiwei
1957, China

Artis, arkitek, penyair, aktivis Ai Weiwei (l. 1957, China) merupakan salah seorang sosok yang paling berpengaruh dalam dunia seni dan budaya kontemporari hari ini.

Divina Proportione (2015) di Menara ILHAM ialah karya arca awam kekal beliau yang pertama ditampilkan di Asia Tenggara. Menyajikan ekspresi berkaitan keindahan dan keanggunan matematik, karya ini menggambarkan penglibatan serta komitmen panjang artis ini dengan elemen bentuk dan kesignifikanannya. Tajuk karya ini merujuk kepada buku tulisan Luca Pacioli mengenai kadaran-kadaran matematik dan kegunaannya dalam bidang geometri, seni visual dan seni bina yang diterbitkan pada 1509, yang mana turut memaparkan lakaran-lakaran oleh Leonardo da Vinci, termasuklah ilustrasi-ilustrasi pelbagai bentuk polihedron. Berhubung dengan arca-arca tersebut di Menara ILHAM, struktur-struktur polihedronnya, yang diperbuat daripada kepingan-kepingan gangsa, digilap

sehingga menghasilkan tona “ros” dan dicantumkan dengan kimpalan keluli tahan karat, memiliki nilai estetik yang lebih bersifat moden dan industrial, justeru berjaya menimbulkan dialog dengan reka bentuk teknologi tinggi bangunan baru ini yang terletak di tengah-tengah landskap kota Kuala Lumpur.