Artist Detail | Ilham Gallery
Anthony Lau
1933 - 2016, Malaysia
Anthony Lau
1933 - 2016, Malaysia

Anthony Lau (1933 - 2016) dilahirkan di Johor. Setelah tamat pengajian di Malayan Teachers’ Training College, Kirkby, Liverpool, United Kingdom, beliau menerima biasiswa Kerajaan Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke Brighton College of Arts and Crafts, UK pada tahun 1957. Pada tahun 1968, beliau menerima anugerah geran Fulbright untuk meneruskan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Indiana di Bloomington, Amerika Syarikat. Dikenali sebagai pengarca yang tersohor, beliau juga seorang pendidik yang disegani, dan telah mengajar di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras lebih dari 10 tahun. Sebagai Ketua Jabatan Seni dan Kraf, beliau bertanggungjawab memperkenalkan konsep-konsep baru seni kepada artis-artis muda dan guru-guru seni. Karya-karya Anthony Lau yang dianggap sedikit sepanjang kariernya termasuk bentuk-bentuk arca ikonik dan organik yang pernah dihasilkan dalan pergerakan Seni Malaysia.