Art Detail | Ilham Gallery
Snake
 TAMBAH KE ALBUM
Snake
c. 1960s

Dikenali sebagai pelopor arca moden di Malaysia, Anthony Lau terkenal dengan arcanya yang menzahirkan sifat mistik dan mitos alam semula jadi. Karyanya seperti Jin Api (1959), Ayam Jantan (1963) dan Rimba (1967) menggabungkan elemen-elemen alam semula jadi, kehidupan dan mitos dari rantau ini. Dengan penggunaan bahan yang khusus – dalam kes ini kayu – Lau menggambarkan pergerakan dan kekuasaan Naga, seekor haiwan penting dalam Hinduisme, Buddha dan juga mitos dan kisah di Asia Tenggara.


“Saya dikawal oleh bahan. Pengkarya perlu menghormati bahan.”
- Anthony Lau



Maklumat
Media:
Arca kayu jati
Dimensi:
109 x 18.5 x 25.5 cm
Tarikh:
c. 1960s
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Anthony Lau
Tentang Anthony Lau

Anthony Lau (1933 - 2016) dilahirkan di Johor. Setelah tamat pengajian di Malayan Teachers’ Training College, Kirkby, Liverpool, United Kingdom, beliau menerima biasiswa Kerajaan Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke Brighton College of Arts and Crafts, UK pada tahun 1957. Pada tahun 1968, beliau menerima anugerah geran Fulbright untuk meneruskan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Indiana di Bloomington, Amerika Syarikat. Dikenali sebagai pengarca yang tersohor, beliau juga seorang pendidik yang disegani, dan telah mengajar di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras lebih dari 10 tahun. Sebagai Ketua Jabatan Seni dan Kraf, beliau bertanggungjawab memperkenalkan konsep-konsep baru seni kepada artis-artis muda dan guru-guru seni. Karya-karya Anthony Lau yang dianggap sedikit sepanjang kariernya termasuk bentuk-bentuk arca ikonik dan organik yang pernah dihasilkan dalan pergerakan Seni Malaysia.