Art Detail | Ilham Gallery
Halimah
 TAMBAH KE ALBUM
Halimah
1962

Potret seorang gadis muda dengan imej abstrak ini seolah menyatukan pengalaman Latiff sebelum dan semasa belajar di Jerman. Semasa di Jerman, ia didedahkan kepada pergerakan moden seperti Kubisme, Dadaisme dan Surrealisme. Menjelang 1962, karya seni Latiff mendokumentasikan berbagai lukisan landskap dan alam benda Eropah yang menjadi kajian kurikulum akademinya. Bagaimanapun, potret bukanlah perkara baru bagi beliau, setelah mempelajari lukisan figura dengan artis Singapura Liu Kang dan Hoe Kok Ho pada tahun 1952. Figura dalam potret, yang tersenyum lembut, sambil merenung ke luar kanvas, mengikut pelukis bukan gambar sesiapa, hanya gadis yang dinamakan Halimah.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas kanvas
Dimensi:
56 x 38 cm
Tarikh:
1962
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Abdul Latiff Mohidin
Tentang Abdul Latiff Mohidin

Abdul Latiff Mohidin (lahir 1941, Negeri Sembilan) seorang pelukis, penulis dan penyajak modenis Malaysia yang terkenal. Beliau menamatkan pendidikan rendahnya di Sekolah Melayu Kota Raja di Singapura, di mana beliau juga mengadakan pameran pertamanya pada tahun 1951. Pada tahun 1960 -1964, Latiff belajar seni di Hochschule fur Bildende Kunste (Kolej Seni Halus) di Berlin, Jerman. Beliau juga belajar seni cetak di Atelier Lacouriѐre di Paris, dan bawah biasiswa John D. Rockefeller III di Pratt Graphic Center di New York. Kembara Asia Tenggara beliau pada tahun 1964 memberi inspirasi kepada berbagai karya seninya. Siri karyanya termasuk Pago-Pago (1960-1969), Mindscape (1973, 1974-1983), Langkawi (1976-1980) dan Gelombang (1985-1993). Beliau telah mempamer di seluruh dunia, seperti di Berlin, Frankfurt, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London. Pada 2018, beliau menjadi artis Asia Tenggara pertama mempamer di Centre Pompidou di Paris. Latiff menetap di Pulau Pinang.

Sumber: Wikipedia

Bacaan Selanjutnya
  • T.K Sabapathy, penyunting, ‘Pago Pago to Mindscape’, dalam ‘Pago Pago to Gelombang: 40 Years of Latiff Mohidin’, Singapore Art Museum, 1994.