Art Detail | Ilham Gallery
Samarkhan
 TAMBAH KE ALBUM
Samarkhan
1993

Pengalaman Latiff di Samarkand, Uzbekistan mengilhamkan koleksi lakaran dan lukisan yang menarik, kemudiannya dikembangkan menjadi suatu siri lukisan abstrak yang ketara, seperti karya ini. Gubahan warna biru dan kuning kehijauan dengan bayang-bayang hitam dan intipan merah lembut membangkitkan nostalgia untuk tempat bersejarah gemilang— kota Samarkand lama. Sapuan warna mengalir dinamik seperti biasanya kehandalan Latiff.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas kanvas
Dimensi:
132 x 173 cm
Tarikh:
1993
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Abdul Latiff Mohidin
Tentang Abdul Latiff Mohidin

Abdul Latiff Mohidin (lahir 1941, Negeri Sembilan) seorang pelukis, penulis dan penyajak modenis Malaysia yang terkenal. Beliau menamatkan pendidikan rendahnya di Sekolah Melayu Kota Raja di Singapura, di mana beliau juga mengadakan pameran pertamanya pada tahun 1951. Pada tahun 1960 -1964, Latiff belajar seni di Hochschule fur Bildende Kunste (Kolej Seni Halus) di Berlin, Jerman. Beliau juga belajar seni cetak di Atelier Lacouriѐre di Paris, dan bawah biasiswa John D. Rockefeller III di Pratt Graphic Center di New York. Kembara Asia Tenggara beliau pada tahun 1964 memberi inspirasi kepada berbagai karya seninya. Siri karyanya termasuk Pago-Pago (1960-1969), Mindscape (1973, 1974-1983), Langkawi (1976-1980) dan Gelombang (1985-1993). Beliau telah mempamer di seluruh dunia, seperti di Berlin, Frankfurt, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London. Pada 2018, beliau menjadi artis Asia Tenggara pertama mempamer di Centre Pompidou di Paris. Latiff menetap di Pulau Pinang.

Sumber: Wikipedia

Bacaan Selanjutnya
  • T.K Sabapathy, Latiff Mohidin Rimba Series, Galeri PETRONAS, Kuala Lumpur, 1998.