Art Detail | Ilham Gallery
Mindscape
 TAMBAH KE ALBUM
Mindscape
1983

Siri Mindscape, yang memaparkan motif bentuk kubah, imej cerminan dan penggunaan simetri—menandakan peralihan penting daripada pengkaryaan zaman awal Latiff. Di sini, kita dijemput memberi tumpuan kepada komposisi warna, tekstur dan simetri yang kompleks terkurung dalam ruang berbentuk kubah. Cat yang meleleh, warna oren ceria dan pirus gelap menimbulkan rasa tenaga haba lahar. Di antara persamaan dan kontras yang terkandung dalam  gerbang pintu, artis meneroka daya imaginasi - ruang di luar dimensi kebendaan dan nafsu.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas kanvas
Dimensi:
181 x 90 cm
Tarikh:
1983
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Abdul Latiff Mohidin
Tentang Abdul Latiff Mohidin

Abdul Latiff Mohidin (lahir 1941, Negeri Sembilan) seorang pelukis, penulis dan penyajak modenis Malaysia yang terkenal. Beliau menamatkan pendidikan rendahnya di Sekolah Melayu Kota Raja di Singapura, di mana beliau juga mengadakan pameran pertamanya pada tahun 1951. Pada tahun 1960 -1964, Latiff belajar seni di Hochschule fur Bildende Kunste (Kolej Seni Halus) di Berlin, Jerman. Beliau juga belajar seni cetak di Atelier Lacouriѐre di Paris, dan bawah biasiswa John D. Rockefeller III di Pratt Graphic Center di New York. Kembara Asia Tenggara beliau pada tahun 1964 memberi inspirasi kepada berbagai karya seninya. Siri karyanya termasuk Pago-Pago (1960-1969), Mindscape (1973, 1974-1983), Langkawi (1976-1980) dan Gelombang (1985-1993). Beliau telah mempamer di seluruh dunia, seperti di Berlin, Frankfurt, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London. Pada 2018, beliau menjadi artis Asia Tenggara pertama mempamer di Centre Pompidou di Paris. Latiff menetap di Pulau Pinang.

Sumber: Wikipedia

Bacaan Selanjutnya
  • T.K Sabapathy, ‘Pago Pago to Mindscape’, dalam ‘Pago Pago to Gelombang: 40 Years of Latiff Mohidin’, disunting oleh T.K Sabapathy, Singapore Art Museum, Singapore, 1994