Art Detail | Ilham Gallery
Gelombang 2
 TAMBAH KE ALBUM
Gelombang 2
1986

Prihatin terhadap keindahan dan kehalusan alam semula jadi, siri Gelombang Latiff Mohidin mencermin rasa mendalam berakarkan palet alam semula jadi. Kuasa alam  memberi inspirasi dan terjalin pada sapuan berus yang luas dan dinamik, bentuk organik dan tekstur cat minyak. Dalam Gelombang 2, warna biru, merah dan kuning berinteraksi dengan cerahan putih dan bayangan hitam. Ia mencerminkan jalinan ketenangan emosi, keghairahan dan keyakinan yang tergabung dalam denyutan alam semula jadi di sekeliling kita.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas kanvas
Dimensi:
117 x 175 cm
Tarikh:
1986
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Abdul Latiff Mohidin
Tentang Abdul Latiff Mohidin

Abdul Latiff Mohidin (lahir 1941, Negeri Sembilan) seorang pelukis, penulis dan penyajak modenis Malaysia yang terkenal. Beliau menamatkan pendidikan rendahnya di Sekolah Melayu Kota Raja di Singapura, di mana beliau juga mengadakan pameran pertamanya pada tahun 1951. Pada tahun 1960 -1964, Latiff belajar seni di Hochschule fur Bildende Kunste (Kolej Seni Halus) di Berlin, Jerman. Beliau juga belajar seni cetak di Atelier Lacouriѐre di Paris, dan bawah biasiswa John D. Rockefeller III di Pratt Graphic Center di New York. Kembara Asia Tenggara beliau pada tahun 1964 memberi inspirasi kepada berbagai karya seninya. Siri karyanya termasuk Pago-Pago (1960-1969), Mindscape (1973, 1974-1983), Langkawi (1976-1980) dan Gelombang (1985-1993). Beliau telah mempamer di seluruh dunia, seperti di Berlin, Frankfurt, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London. Pada 2018, beliau menjadi artis Asia Tenggara pertama mempamer di Centre Pompidou di Paris. Latiff menetap di Pulau Pinang.

Sumber: Wikipedia

Bacaan Selanjutnya
  • Susie Koay, ‘Gelombang’, dalam ‘Pago Pago to Gelombang: 40 Years of Latiff Mohidin’, disunting oleh T.K Sabapathy, Muzium Seni Singapura, Singapura, 1994.

  • Gelombang: Latiff Mohidin di Pulau Pinang 1990, Muzium & Balai Seni Lukis Pulau Pinang, Pulau Pinang, 1990.

Bahagian Pembelajaran
  • Terangkan apa yang anda lihat dalam lukisan ini. Apakah warna-warna yang digunakan? Lukisan apakah sebenarnya itu? Terangkan tentang garis-garis yang dilukiskan oleh seniman tersebut. Terangkan bagaimana seniman itu mencontengkan cat pada kain? Apakah tanda-tanda yang beliau hasilkan?

  • Apakah suasana karya ini? Adakah ianya membuatkan anda teringat akan sesuatu? Adakah dengan membaca judulnya mengubah pemahaman anda terhadap karya tersebut? Wujudkah gelombang atau air dalam karya ini? Apakah jenis gelombang itu? Di mana? Apakah perasaan anda apabila melihat karya ini?