Art Detail | Ilham Gallery
Langkawi Series
 TAMBAH KE ALBUM
Langkawi Series
1977

Lukisan, arca dan puisi bergabung dalam siri Langkawi Latiff. Pengalaman sunyi dan hening di pantai, mencungkil rasa keluasan, kedalaman dan ketenangan dalam siri ini. Dengan lukisan imej menyerupai subuh/senja dan penonjolan 3D panel papan,timbul suasana puisi yang menawarkan rehat seketika, untuk bertafakur bersama artis. Walaupun lukisan ini berupa minimal, terdapat proses yang teliti di belakangnya yang menuntut konsentrasi untuk mendapatkan gradien, tekstur warna dan simetri yang diingini. Palet keseluruhan dan watak siri ini mengingatkan idea Nusantara, seolah-olah sebuah lagu untuk dan kepada tradisi.

Maklumat
Media:
Cat enamel atas kayu papan
Dimensi:
183 x 59 x 10 cm
Tarikh:
1977
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Abdul Latiff Mohidin
Tentang Abdul Latiff Mohidin

Abdul Latiff Mohidin (lahir 1941, Negeri Sembilan) seorang pelukis, penulis dan penyajak modenis Malaysia yang terkenal. Beliau menamatkan pendidikan rendahnya di Sekolah Melayu Kota Raja di Singapura, di mana beliau juga mengadakan pameran pertamanya pada tahun 1951. Pada tahun 1960 -1964, Latiff belajar seni di Hochschule fur Bildende Kunste (Kolej Seni Halus) di Berlin, Jerman. Beliau juga belajar seni cetak di Atelier Lacouriѐre di Paris, dan bawah biasiswa John D. Rockefeller III di Pratt Graphic Center di New York. Kembara Asia Tenggara beliau pada tahun 1964 memberi inspirasi kepada berbagai karya seninya. Siri karyanya termasuk Pago-Pago (1960-1969), Mindscape (1973, 1974-1983), Langkawi (1976-1980) dan Gelombang (1985-1993). Beliau telah mempamer di seluruh dunia, seperti di Berlin, Frankfurt, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London. Pada 2018, beliau menjadi artis Asia Tenggara pertama mempamer di Centre Pompidou di Paris. Latiff menetap di Pulau Pinang.

Sumber: Wikipedia

Bacaan Selanjutnya
  • Wong Hoy Cheong dan Askander Unglehrt bersama Sugu Kingham, ‘Siri Langkawi’, dalam ‘Pago Pago to Gelombang: 40 Years of Latiff Mohidin’, disunting oleh T.K Sabapathy, Muzium Seni, Muzium Seni Singapura, Singapura, 1994.

  • Zakaria Ali, ‘The What of Wall Sculpture’, in Latiff Mohidin “Langkawi” Arca Dinding, Muzium & Galeri USM, Pulau Pinang, 1979.