Art Detail | Ilham Gallery
Boats
 TAMBAH KE ALBUM
Boats
1982

Walaupun dilukis dengan cat akrilik, sapuan nipis pada latar belakang lukisan ini nampak seperti dibuat dengan cat air. Imej bot berlabuh dilukis dengan garisan halus dan penggunaan warna coklat dan merah pekat. Butiran rumit diserlahkan menggunakan cat putih dan pisau palet. Lukisan ini membuktikan kemahiran Ho Khay Beng melukis mengindahkan pemandangan biasa bot-bot di tepi laut, sejajar dengan hasrat dan gaya pelukis Nanyang semasa.

Maklumat
Media:
Akrilik atas kanvas
Dimensi:
60 x 75 cm
Tarikh:
1982
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Ho Khay Beng
Tentang Ho Khay Beng

Ho Khay Beng (1934-1986, Pulau Pinang, Malaysia) mula dilatih di Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura (1959), kemudian di Akademi Seni Halus Rom, Itali (1968). Beliau pernah mengadakan pameran solo di Persatuan Chin Kang, Pulau Pinang (1965), Galleria Guilla Flavia, Rome (1966), Galleria Michelangelo, Rome (1967) dan Galleria D'arte Volci, Rome (1967) dan menerima anugerah daripada The Oversea Chinese Persatuan Seni, Republik China, pada tahun 1968. Beliau juga telah terlibat dengan pengajaran seni di Sekolah Tinggi Han Chiang; Bahagian Seni Barat Persatuan Seni Pulau Pinang dan ahli tetap Majlis Seni Persekutuan Malaysia. Beliau juga berhubung rapat dengan Wednesday Art Group - yang dipelopori oleh Peter Harris - pada tahun 1950-an dan 1960-an. Pada tahun 1996, The Art Gallery telah mengadakan sebuah pameran peringatan untuk beliau di Pulau Pinang.

Bacaan Selanjutnya

  • Ho Khay Beng: Pameran Memorial (1934-1986). 1996. The Art Gallery, Pulau Pinang.

  • “The Treatment of the Local Landscape in Modern Malaysian Art, 1930 –1981” in Narratives in Malaysian Art, Vol 1: Imagining Identities. 2012. RogueArt.

  • “Gaya Nanyang: Mimpi Syurga Yang Lepas? (Perbualan Terkini dengan Alumni NAFA)” dalam Naratif dalam Seni Malaysia, Vol 1: Imagining Identities. 2012. RogueArt.

  • The Nanyang Show Catalogue, 2016. Visual Arts Centre, Singapura.