Art Detail | Ilham Gallery
Children Swimming with Hollow Bamboos
 TAMBAH KE ALBUM
Children Swimming with Hollow Bamboos
1954

Yong Mun Sen memapar keriangan sekumpulan kanak-kanak berenang dengan bantuan buluh berongga. Lukisan dibuat dengan sapuan warna cerah yang lembut dan nipis sesuai dengan suasana keriangan, cara biasa dia melukis karya cat air. Beliau sering melukis di kawasan luar bandar, merakam aktiviti sepintas seperti ini. Karya beliau memberi gambaran intim kehidupan penduduk tempatan sezaman.

Maklumat
Media:
Cat air atas kertas
Dimensi:
46.5 x 59 cm
Tarikh:
1954
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Yong Mun Sen
Tentang Yong Mun Sen

Yong Mun Sen (lahir 1896, Sarawak – meninggal 1962) ialah salah seorang artis moden Malaysia yang awal. Dilahirkan di Kuching, Sarawak, beliau kemudiannya dihantar ke daerah Dabu di Wilayah Guangdong, China, untuk mempelajari lukisan dan kaligrafi dakwat Cina. Sekembalinya ke British Malaya, beliau berulang-alik beberapa tahun antara Singapura dan Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, beliau membuka Studio Tai Koon Art di Chulia Street, mungkin studio foto yang pertama di situ, dan menubuh mungkin juga persatuan seni yang pertama di situ, Kelab Seni Cina Pulau Pinang. Kemudian, di Singapura, beliau telah terlibat dalam mengasaskan Akademi Seni Halus Nanyang pada tahun 1938. Lebih dikenali dengan cara melukis terus menerus dengan cat air pemandangan dan kehidupan penduduk, yakni tidak di dalam studio, beliau telah diberi penghormatan pameran retrospektif di Muzium dan Galeri Seni Negeri Pulau Pinang dan di Balai Seni Lukis Negara Malaysia.

Bacaan Selanjutnya

Bahagian Pembelajaran

  • Bayangkan anda bersama dengan kanak-kanak lelaki di dalam lukisan tersebut. Apakah bunyi-bunyi bising yang akan anda dengar? Apakah bau-bau yang anda dapat hidu? Adakah anda ingin berada di atas batu tersebut atau di dalam air? Kenapa? Jika anda berada di dalam air, apakah perasaannya? Adakah air itu suam atau sejuk? Pukul berapakah waktu itu? Apakah emosi-emosi yang anda rasa?

  • Lukisan ini dilukis di awal abad ke-20. Jikalau anda melukis gambar sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bersama, apakah perbezaan-perbezaannya dengan lukisan ini? Apakah elemen-elemen yang mungkin akan sama? Adakah kehidupan kanak-kanak ini sudah bertambah baik? Apakah yang telah hilang?