Art Detail | Ilham Gallery
By the River
 TAMBAH KE ALBUM
By the River
c. 1950s

Karya ini menggambarkan pemandangan indah kehidupan tepi sungai di kampung. Pelukis menggabung teknik batik dengan gubahan lukisan. Seorang gadis mendayung sampan dalam kebiruan air sungai  terlihat di celah bingkai dahan pokok, manakala di seberang, sebuah kereta lembu gerak berpandu di tebing berlatarkan cerah kelabu kuning cahaya matahari. Sebuah pemerian pemandangan kehidupan kampung yang indah, aman damai,  menyenangkan dan sempurna. Lapisan rekahan batik memberikan tekstur langit dan sungai dan diulangi, menerusi skala mikro, kerawakan dahan pokok.

Maklumat
Media:
Batik
Dimensi:
58 × 43 cm
Tarikh:
c. 1950s
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Chuah Thean Teng
Tentang Chuah Thean Teng

Chuah Thean Teng (lahir 1914, Fukien, China — meninggal 2008, Pulau Pinang) pernah digelar oleh penaung seni  Frank Sullivan sebagai seorang  yang telah memajukan "ekspresi seni Malaysia yang penting" semasa negara yang baru merdeka sedang mencari identiti untuk memapar budayanya. Chuah berlatih seketika di Kolej Seni Xiamen di China. Pada tahun 1936, beliau berpindah ke Pulau Pinang, dan membuka sebuah kilang batik komersial yang menghasilkan kain sarung; di sinilah Chuah mula bereksperimen dengan lukisan batik. Dengan naungan yang diterimanya daripada kalangan kelas pemuja Inggeris yang kaya di Malaysia, dia berpeluang  mempamerkan karyanya di Institut Komanwel di England pada tahun 1959, dan juga yang pertama  di Malaysia disanjungi dengan pameran retrospektif oleh Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1965. Beliau juga diberikan pameran retrospektifnya yang kedua oleh Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang pada tahun 1994.

Bacaan Selanjutnya

  • ‘Love Me in My Batik: Seni Batik Moden dari Malaysia dan Serantau’, sebuah pameran di Galeri ILHAM, 28 Februari – 20 Jun 2016.

  • Yee I-Lann, ‘Love Me in My Batik’ (Cintai Aku yang Berbaju Batik),  Naratif Seni Rupa Malaysia, Jilid 1, disunting oleh Nur Hanim Khairuddin dan Beverly Yong, dengan TK Sabapathy, RogueArt, Kuala Lumpur, 2012, ms 262-278.

Bahagian Pembelajaran

  • Terangkan tentang susun atur karya seni ini. Apakah yang anda lihat di latar depannya? Apakah pula yang terdapat di latar tengah? Bagaimana pula dengan latar belakangnya? Apakah titik tumpuan karya ini? Bagaimanakah cara seniman ini menarik perhatian kita ke titik tumpuan tersebut?

  • Anggaplah karya ini sebagai satu babak dalam sebuah filem. Apakah agaknya filem tersebut? Siapakah gadis di dalam perahu itu? Ke manakah ingin dia pergi dan kenapa? Pentingkah satu figura lain itu dalam cerita ini? Adakah dia kenal mereka? Apakah yang sudah berlaku? Apakah yang akan berlaku?