TAMBAH KE ALBUM
Maklumat
Media:
Batik
Dimensi:
101.5 x 111 cm
Tarikh:
2008
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
©
Ismail Mat Hussin
Tentang
Ismail Mat Hussin
Ismail Mat Hussin (lahir 1938 – meninggal 2015, Kelantan) mula belajar seni lukis sejak usia dua belas tahun, mula-mulanya di bawah bimbingan Nik Mahmood di Sekolah Melayu Padang Garong, kemudian di bawah bimbingan pelukis Khalil Ibrahim, yang mengajarnya lukisan batik. Lukisan beliau terkenal dengan penggunaan warna cerah dan ketanahan untuk merakamkan pemandangan kehidupan seharian kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di samping melukis, beliau juga pernah bekerja sebagai pereka grafik dan pelukis ilustrasi dengan Syarikat Percetakan Dian di Kota Bharu daripada 1979 hingga 1991. Beliau juga berkelayakan gred V dalam permainan biola dan bekerja sebagai pemuzik sambilan untuk RTM Cawangan Kota Bharu pada akhir 60-an.
Note : Click image to zoom in