Art Detail | Ilham Gallery
Satay Seller
 TAMBAH KE ALBUM
Satay Seller
1970

Lukisan oleh karya pelukis batik Malaysia Chuah Thean Teng ini menggambarkan pemanggangan makanan sate, daging lidi kegemaran masyarakat negara ini. Dalam gubahan ringkasnya, lukisan ini memaparkan besar rupa bentuk penjual sate dalam bingkai dapur kandar penjaja. Dia diselubungi warna merah yang terang, menandakan haba sekitar usahanya. Jelas terpapar kecekapan Teng dalam membina lapisan warna. Seorang wanita yang menjunjung dulang bertudung saji di atas kepalanya di latar belakang menandakan suasana pasar menjaja yang sibuk. Teng sering menggunakan unsur nostalgia atau budaya dalam lukisan batiknya mungkin untuk memaparkan budaya dan kehidupan tempatan di ketika pembentukan Malaysia pada tahun 1963. 

Maklumat
Media:
Batik
Dimensi:
56 x 42 cm
Tarikh:
1970
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Chuah Thean Teng
Tentang Chuah Thean Teng

Chuah Thean Teng (lahir 1914, Fukien, China — meninggal 2008, Pulau Pinang) pernah digelar oleh penaung seni  Frank Sullivan sebagai seorang  yang telah memajukan "ekspresi seni Malaysia yang penting" semasa negara yang baru merdeka sedang mencari identiti untuk memapar budayanya. Chuah berlatih seketika di Kolej Seni Xiamen di China. Pada tahun 1936, beliau berpindah ke Pulau Pinang, dan membuka sebuah kilang batik komersial yang menghasilkan kain sarung; di sinilah Chuah mula bereksperimen dengan lukisan batik. Dengan naungan yang diterimanya daripada kalangan kelas pemuja Inggeris yang kaya di Malaysia, dia berpeluang  mempamerkan karyanya di Institut Komanwel di England pada tahun 1959, dan juga yang pertama  di Malaysia disanjungi dengan pameran retrospektif oleh Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1965. Beliau juga diberikan pameran retrospektifnya yang kedua oleh Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang pada tahun 1994.

Bacaan Selanjutnya
  • ‘Love Me in My Batik: Seni Batik Moden dari Malaysia dan Serantau’, sebuah pameran di Galeri ILHAM, 28 Februari – 20 Jun 2016.

  • Yee I-Lann, ‘Love Me in My Batik’ (Cintai Aku yang Berbaju Batik),  Naratif Seni Rupa Malaysia, Jilid 1, disunting oleh Nur Hanim Khairuddin dan Beverly Yong, dengan TK Sabapathy, RogueArt, Kuala Lumpur, 2012, ms 262-278.

Bahagian Pembelajaran
  • Penjaja dan warung tepi jalan merupakan salah satu daripada budaya Malaysia yang penting. Lihat karya Chuah Thean Teng. Karya batik ini dihasilkan pada tahun 1970-an. Apakah persamaan dan perbezaan warung tepi jalan zaman dahulu dan zaman sekarang?

  • Dalam lukisan ini, Chuah Thean Teng menggunakan bentuk-bentuk yang mudah, garis luar yang tebal, warna-warna yang mendatar. Gaya pelakaran ini sangat sesuai dengan batik, lukisan kartun, atau buku-buku komik. Bayangkan lukisan ini dijadikan panel pertama bagi sebuah buku komik atau novel grafik. Seperti apakah ceritanya nanti? Apakah sifat diri penjaja tersebut? Adakah dia hidup Bahagia? Apakah yang akan terjadi kepada beliau? Bolehkan anda lakarkan empat panel seterusnya dalam cerita tersebut dengan menggunakan gaya dan warna yang digunakan oleh pelukis tersebut?