Artist Detail | Ilham Gallery
Fatimah Chik
1947, Malaysia
Fatimah Chik
1947, Malaysia

Fatimah Chik (lahir 1947, Johor) ialah seorang artis batik inovatif yang menceburi seni melalui reka bentuk tekstil. Beliau di antara barisan lulusan pertama Kajian Seni dan Reka Bentuk Institut Teknologi MARA tahun 1971, (ITM dibuka pada tahun 1967). Selepas tamat pengajian, dia bekerja di bawah pereka fesyen Tengku Zubaidah di Kutang Kraft dan turut membantu artis Ismail Zain dalam beberapa karya batiknya. Pada tahun 1970-an, dia mula melakukan penyelidikan sendiri tentang pelbagai jenis batik di Asia Tenggara, yang memberi inspirasi kepadanya untuk mendalami batik sebagai bentuk seni. Beliau menggabungkan latihan formalnya di ITM (termasuk seni bina dan prinsip seni Islam dalam kurikulum reka bentuk) dengan penyelidikannya tentang tekstil serantau untuk menghasilkan gayanya yang unik dan terkenal. Dia juga meninggalkan sumbangannya sendiri pada tradisi seni batik dengan menggabungkan kaedah cap batik yang agak moden dengan kaedah pencelupan Jepun lama Shibori.