Artist Detail | Ilham Gallery
Lampu Kansanoh
1983, Thailand
Lampu Kansanoh
1983, Thailand

Dilahirkan di Samut Songkhram, Thailand, Lampu tinggal di Bangkok di mana dia membuat lukisan cat dan arca. Ia berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana Seni Halus daripada Universiti Silpakorn Bangkok. Karyanya merayakan keinsanan manusia dalam kepelbagaian keanehannya. Manusia yang dilukiskan lazimnya berbentuk badan luar biasa, berkepala besar dan paras mengherot, memberi kesan kelakar. Warna yang digunakan adalah terang dan jelas, seolah-olah untuk menyerlahkan keanehan kelakuan dan kegilaan watak-wataknya. Dalam ianya mempersendakan masyarakat dan kehidupan seharian, ia juga boleh mengilhamkan penghayatan ikhlas ragam manusia. Pada tahun 2012 dia menjadi seorang artis residen di Muzium Seni Asia Fukuoka. Karyanya luas dipamerkan di Thailand, termasuk dalam tiga buah pameran solo di Galeri Seni Moden Ardel (2009, 2011 dan 2013).